Friday 16 December 2011

Oley!!

Oley!! - Jawapan Kepada Sembang Rakyat



---------------------
* Tahniah buat KP DPP dengan respon pantas dan kreatifnya

TOLONG MELAYU, UMNO SEPERTI PENCURI MENJERIT PENCURI

Umno berjaya mengalih isu kegagalan mereka selama ini membela Melayu di negara ini. Sebaliknya peluru dihalakan kepada Pakatan Rakyat, khususnya DAP yang dianggap menyebabkan orang Melayu tertinggal ke belakang.

Persidangan Agung Umno telah menjadi pesta memaki hamun terhadap pimpinan Pakatan Rakyat supaya perwakilan tidak membincang masalah cincin RM24 juta, projek lembu RM250 juta kepada suami Shahrizat, masalah Datin Seri Rosmah, kepincangan laporan audit negara. Semua isu ini berjaya didiamkan apabila perwakilan  dicandukan dengan serangan kepada Pakatan Rakyat.
Bermula daripada ucapan Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika merasmikan Mesyuarat Pemuda, Wanita dan Puteri Umno sehinggalah kepada perbahasan perwakilan semuanya membelasah Pakatan Rakyat. Mereka memahami bahawa Umno perlukan undi melayu sahaja, undi bukan Melayu mereka tidak mengharapkan lagi. 

Ubah Sekarang!!

Monday 18 July 2011

Dewan Ulamak Kesal Kerana Hukum Demontrasi Ditafsir Luar Daripada Konteks Sebenar

Kuala Terengganu, 15 Julai 2011 - Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat , Dato' Tuan Guru Haji Harun Taib menyifatkan bahawa kenyataan muka hadapan utusan yang disiarkan pada hari ini berkenaan hukum demontrasi  sebagai pandangan yang dikemukakan di luar konteksnya yang sebenar.

Pandangan pendakwah tersebut sesuai sekiranya dilaksanakan di dalam sebuah negara yang Islam yang melaksanakan undang-undang Islam dengan penuh keadilan. Adapun sekiranya keadaan sebaliknya maka menjadi kewajiban kepada rakyat untuk menjalankan tugasan amar ma'ruf nahi munkar di dalam kerangka syarak. Konsep ini adalah tersangat jelas di dalam Islam sebagai 'check and balance' dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi.
"Apa yang berlaku di Malaysia sekarang ialah rakyat Malaysia tidak ada pilihan untuk menegur kerajaan, di Parlimen suara kita dibakul sampahkan, bahkan kita telah bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong dan menyuarakan pandangan kita, tapi UMNO masih membisu seribu bahasa seolah-olah tidak ada apa yang berlaku", tegas beliau.

Tanda-tanda PRU : Fitnah

DUN Sijangkang dikhabarkan akan menerima muka baru daripada UMNO untuk PRU yang akan datang. Mereka telah pun melakukan ziarah ke rumah-rumah yang mempunyai penduduk warga emas terutamanya yang dalam keadaan uzur. Datuk Nordin yang kononnya kelihatan seperti 'clean' mungkin akan menjadi calon umno-bn.

Manakala di pihak PAS pula mungkin akan mengekalkan ADUN yang sedia ada untuk menjadi calonnya. Ekoran itu, telah timbullah pelbagai fitnah terhadap YB Dr Ahmad Yunus Hj Hairi. Sama ada fitnah tersebut terhasil daripada kejelekan individu pemfitnah terbabit atau sememangnya sudah menjadi perancangan pihak UMNO untuk menabur fitnah.

Thursday 7 July 2011

BERSIH 2.0

Dengan perkenan daripada YDPA, Himpunan BERSIH 2.0 akan diadakan di Stadium Merdeka 09 Julai 2011. Dijemput hadir bagi menyatakan sokongan terhadap 8 tuntutan dalam Himpunan kali ini. 


Monday 9 May 2011

PAS Alat DAP, Tun Mahathir Semakin Merapu

Tun M
Parti Islam Se-Malaysia menganggap Tun Dr Mahathir semakin merapu, kerana mendakwa PAS alat DAP, ketika beliau merasmikan  Mesyuarat Agung Umno Cheras. Tun Mahathir mendakwa kewujudan PAS menyebabkan orang Melayu berpecah. PAS hendak tanya balik kepada Tun Dr Mahathir kenapa Umno diwujudkan pada tahun 1946, sedangkan sudah ada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)  1945 yang mewakili orang Melayu. Menunjukkan Umno juga parti yang ditubuhkan untuk memecah belah orang Melayu atas restu penjajah, buktinya kenapa Umno tidak diharamkan ketika Ordinan Darurat 1948 sehingga semua parti yang tidak sealiran diharamkan seperti PKMM dan Hizbul Muslimin.

PAS alat DAP adalah modal lapok Umno ketika orang Melayu menolak Umno dan cuba untuk menutup kelemahan Umno yang menjadi kuda tunggangan MCA, Gerakan dan MIC. Siapa yang bagi kerusi majoriti Melayu kepada MCA, MIC dan Gerakan.? Apa bukti PAS alat DAP?. PAS boleh buktikan pengkhianatan Umno kepada Melayu atas nama Melayu terutama di zaman beliau memerintah negara selama 22 tahun. Tahun 1990 seramai 80 penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang tinggal di tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort. 300 ekar tanah rezab Melayu di Pulau Redang Terengganu dijual  kepada Vicent Tan.

DAP Ganti PAS, Hishamudin Pembohong

Parti Islam Se-Malaysia PAS berpandangan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, seorang pembohong kerana mendakwa DAP ganti PAS. Beliau berbohong ketika merasmikan Mesyuarat Agung Umno Pasir Putih Kelantan .Beliau rungsing dengan penerimaan rakyat bahawa Umno wajib diganti dengan PAS, maka jalan keluarnya ia memfitnah bahawa DAP ganti PAS supaya orang Islam menjauhkan diri dengan PAS. Realiti yang berlaku ialah MCA,MIC, Gerakan ganti umno. Contohnya Umno memberi kerusi parlimen Gerik Perak kepada Gerakan ketika pilihanraya 2008, walaupun pengundi Melayu hampir 65 peratus.
Bercakap Bohong Lama-lama Jadi Menteri?
Bagaimana seorang Naib Presiden Umno yang berucap dengan penuh amarah dan dengki tentang kemaraan Pas. Sekolah mana beliau belajar sampai tidak tahu beza Pas dengan Dap. Bagaimana Dap hendak mengganti Pas, sedangkan Dap hanya bertanding di kawasan majoriti orang bukan Melayu, samaada Dap melawan Mca, Gerakan, Mic.

Thursday 5 May 2011

Bila Mau Bayar Datuk??

Adun PAS Sijangkang menang saman Fattah Iskandar & Berita Harian

YB Dr Ahmad Yunus
Saman Adun Sijangkang (PAS) Dr Ahmad Yunus Khairi telah ditetapkan untuk bicara beberapa hari lalu di Mahkamah Sesyen Klang dan Mahkamah telah merekodkan penghakiman persetujuan apabila defendan-defendan telah bersetuju dengan tanpa pengakuan liabiliti membayar gantirugi sebanyak RM 55 ribu kepada Dr Yunus.

Beliau diwakili peguam, Mohamed Hanipa Maidin manakala Dato Abdul Fatah Iskandar diwakili oleh firma Tetuan Salehuddin Saidin dan akhbar Berita Harian diwakili oleh peguam Josephen dari Tetuan Sharizat & Lee.

Pada 29 Julai 2004, Ahmad Yunus telah memfailkan saman ke atas Abdul Fatah, Kalimullah Hassan dan The News Straits Times Press (Malaysia) Berhad terhadap berita yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian pada 20 Mac 2004 bertajuk "Fatah 'ditikam dari belakang' calon PAS" yang antara lain berita tersebut menyatakan; "Ahmad Yunus rapat dengan saya, dia ikut hampir setiap ceramah dan majlis yang saya hadiri... Sebelum penamaan calon, saya ada terdengar nama dia akan dicalonkan. Saya tanya dia berkali-kali sama ada dia hendak bertanding, tapi dia nafikan akan melawan saya... Abdul fatah menyifatkan tindakan Dr. Ahmad Yunus sebagai 'menikamnya dari belakang' kerana persahabatan mereka begitu rapat. Saya yakin pengundi tahu memilih yang mana calon, yang boleh membawa pembangunan dan yang mana calon yang hanya berjuang berdasarkan emosi," katanya. ... Abdul Fatah menyifatkan perkembangan PAS menampilkan Dr Ahmad Yunus menjadi calon sebagai parti yang terdesak kerana mereka tidak mempunyai calon yang cukup."

Keluar Pakatan, DS Najib Seperti Ketam Mengajar Anak Berjalan Betul

Parti Islam SeMalaysia PAS menganggap cadangan Datuk Seri Najib supaya PAS berpisah dengan DAP seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul kerana parti ini tidak sehaluan. Datuk Najib perlu selesai masalah dalaman BN dahulu. Jangan cuba mengalih isu yang sedang melanda BN dengan rakan komponan BN mengenai Isu 1Melayu 1Bumi telah menimbulkan kemarahan MCA. Apa sudah jadi slogan 1Malaysia tiba-tiba lahir pula gagasan 1 Melayu 1 Bumi, seolah-olah Umno menduakan suami.

Alasan beliau PAS perlu jauh dengan DAP kerana PAS bekerja, yang menang ialah DAP. PAS perlu berpisah dengan DAP kerana PAS tidak boleh melaksanakan agenda Islam. PAS hendak bertanya sejak bila pula Umno iktiraf PAS sebagai sebuah parti Islam. Dengan kenyataan Najib sahlah teori yang mengatakan Umno akan bercakap Islam dan Melayu ketika orang Melayu menolak Umno. Ketika rakyat tolak Umno, baru mereka sedar, PAS parti orang Melayu. Selama ini merekalah membunuh bisnes kontraktor dan ahli perniagaan PAS, berapa ramai aktivis PAS di letakkan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Terbaru mereka menukar Cikgu Maaruf Mutalib suami cikgu Normala bekas calon Tenang. Siapa punya angkara? Sekarang bila lemas kerana pelampong Umno, iaitu pengundi bukan Melayu sudah meninggal mereka, baru teringat kepada PAS.

Sunday 1 May 2011

Gambar Lucah Di Media, Mana Peranan KDN?

Parti Islam Se-Malaysia PAS kesal terhadap media perdana yang  dikuasai oleh Umno BN yang tidak beretika dan bermoral kerana menyiarkan gambar di dalam akhbar mereka. Ini satu tindakan yang tidak bermoral dan melanggar etika kewartawanan dan tatasusila agama demi mencapai cita-cita politik mereka. Pada mereka soal moral dan etika tidak diperhitungkan lagi.  Apakah negara kita sudah hilang nilai-nilai ketimuran sehingga sanggup mengaibkan individu yang belum lagi dibuktikan kesalahannya.
Sudah dua kali media perdana menyiarkan gambar lucah berhubung dengan video seks yang dituduh pelakunya Datuk Seri Anuar Ibrahim.

Wednesday 27 April 2011

Sedar Bahaya Rasuah, Bila Projek Untuk Kroni Sudah Habis

Parti Islam Se-Malaysia PAS terkejut dengan kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang baru sedar tantang bahaya rasuah boleh menjejaskan pendapatan negara. Mungkin beliau baru sedar rasuah merupakan barah yang boleh membawa kehancuran negara apabila wang negara semakin mengucup, sehingga projek untuk kroni tidak boleh diberikan lagi. Kerisauan beliau mengenai perkara ini dinyatakan ketika majlis perasmian mesyuarat agung tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) cawangan Pahang di Ibu Pejabat UMNO Bahagian Pekan.
Penerima & Pemberi Rasuah Pasti Menerima Akibat Buruk

Ucapan Datuk Najib hendak memerangi rasuah dan ketirisan, sama seperti kita menasihat orang miskin untuk berjimat cermat. Sepatutnya nasihat berjimat ketika kaya bukan waktu miskin. Sama juga dengan nasihat Datuk Seri Najib. Jangan bercakap tentang bahaya rasuah ketika kantung negara makin kosong dan projek pun semakin kontang.

Kesan rasuah boleh merbahaya keselamatan negara kerana sempadan akan terbolos, dadah terlepas masuk, maklumat negara tergadai, projek terbengkalai kerana beri pada mereka yang tidak wibawa, kos meningkat, pendapatan negara berkurangan dan banyak lagi bahayanya.

Kerajaan Barisan Nasional gagal untuk membasmi rasuah kerana ia parti yang hidup dengan rasuah samaada pemilihan parti atau pilihanraya umum.

Friday 22 April 2011

Buru Guru Sokong Pembangkang, Kebajikan Guru Terabai

Cikgu Mala - Calon PAS PRK Tenang
Parti Islam Se-Malaysia PAS kesal terhadap sikap Kementerian Pelajaran dibawah kendalian Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Datuk Dr Fuad Zarkashi yang sibuk memburu guru-guru yang terlibat dengan pembangkang sebaliknya mengabaikan kebajikan guru-guru di sekolah.

Terkini tindakan pertukaran Cikgu Maaruf Mutalib daripada Sekolah Menengah Tenang ke Sekolah Menengah Kebangsaan Pengelih Pengerang Kota Tinggi, adalah satu contoh "politik babarian" yang diulang semula di Kementerian Pelajaran. Pertukaran kerana surat  cuti sakit Cikgu Maaruf semasa pilihanraya kecil Tenang. Persoalannya surat sakit yang dikemukakan ialah daripada doktor hospital kerajaan, bukan daripada dukun.

Sepatutnya Tan Sri Muhyiddin dan Dr Fuad kena turun ke padang melihat sendiri kebajikan guru-guru yang dibebankan dengan berbagai tugas. Pendedahan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP)  mengenai tuntutan perjalToanan yang dibuat oleh guru-guru di  yang pergi kursus anjuran Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah sejak bulan Mac 2010 masih tidak dapat. Begitu juga lambakan guru Sains dan Metematik seramai 26,000 satu lagi ukuran gagal Tan Sri Muhyiddin dan Dr Fuad Zarkashi untuk membuat unjuran keperluan guru-guru di sekolah-sekolah. Akhirnya guru ini terpaksa mengajar mata pelajaran lain daripada pengkhususannya. Apabila keadaan ini berlaku yang menjadi mangsanya ialah murid-murid.

Wan Ahmad Celik Ketika Kempen PR Sahaja

Datuk Wan Ahmad Wan Omar - Sayap UBN?
Parti Islam Se-Malaysia PAS kesal terhadap kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar  yang mendakwa kempen pembangkang agresif ketika pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini. Kenyataan Wan Ahmad menunjukkan, mata beliau celik hanya melihat kempen pembangkang, tetapi matanya buta ketika melihat kempen BN.

Datuk Wan Ahmad istiqamah menjadi pegawai yang tidak menunjukkan sikap profesional beliau dalam mengendalikan pilihanraya. Apakah beliau tidak melihat bagaimana pihak BN menggunakan segala kemudahan kerajaan terutama media untuk menyerang bertubi-tubi terhadap PR daripada penamaan calon sampai  pada hari pembuangan undi.

Tuesday 19 April 2011

Tun Mahathir Terkejut Melayu Mampu Membina Kapal

Parti Islam Se-Malaysia mengucap tahniah kepada syarikat  NGV Tech Sdn Bhd (NGV Tech) kerana meneroka bidang pembuatan kapal hingga berjaya menembusi pasaran dunia dan meraih tempahan bernilai RM3 bilion sepanjang lima tahun lalu.

Ini menunjukkan bahawa syarikat yang dimiliki  oleh orang Melayu mampu untuk mencipta suatu teknologi yang tinggi  jika diberi peluang tanpa campur tangan politik. Selama ini kita tidak pernah dengar syarikat NGV Tech yang hebat dan mampu bersaing dengan syarikat antarabangsa.