Monday 18 July 2011

Tanda-tanda PRU : Fitnah

DUN Sijangkang dikhabarkan akan menerima muka baru daripada UMNO untuk PRU yang akan datang. Mereka telah pun melakukan ziarah ke rumah-rumah yang mempunyai penduduk warga emas terutamanya yang dalam keadaan uzur. Datuk Nordin yang kononnya kelihatan seperti 'clean' mungkin akan menjadi calon umno-bn.

Manakala di pihak PAS pula mungkin akan mengekalkan ADUN yang sedia ada untuk menjadi calonnya. Ekoran itu, telah timbullah pelbagai fitnah terhadap YB Dr Ahmad Yunus Hj Hairi. Sama ada fitnah tersebut terhasil daripada kejelekan individu pemfitnah terbabit atau sememangnya sudah menjadi perancangan pihak UMNO untuk menabur fitnah.

UMNO dan fitnah-fitnah mereka terhadap YB Dr Ahmad Yunus sememangnya amat sinonim, sepertimana fitnah 'last minute' mereka terhadap YB sebelum ini. Walaupun puak pemfitnah tersebut telah disaman dan tewas dalam saman fitnah tersebut (tak tahulah dah bayar ke belum) namun mereka masih tidak kenal erti serik, apatah lagi dosa. Berapa ketul pula warga DUN Sijangkang yang tahu bahawa UMNO telah kalah dalam saman fitnah tersebut dek kerana tiadanya makluman dari media massa terhadap kejelekan yang dilakukan oleh UMNO.

Kami amat berharap agar YB dapat sedikit berhati-hati dalam memilih rakan kongsi mahu pun pekerja, agar mereka tidak menjadi ejen-ejen pemfitnah yang sudah pasti memberi kelebihan buat UMNO di dunia, namun pastinya tidak di akhirat.

No comments:

Post a Comment