Friday 22 April 2011

Wan Ahmad Celik Ketika Kempen PR Sahaja

Datuk Wan Ahmad Wan Omar - Sayap UBN?
Parti Islam Se-Malaysia PAS kesal terhadap kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar  yang mendakwa kempen pembangkang agresif ketika pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini. Kenyataan Wan Ahmad menunjukkan, mata beliau celik hanya melihat kempen pembangkang, tetapi matanya buta ketika melihat kempen BN.

Datuk Wan Ahmad istiqamah menjadi pegawai yang tidak menunjukkan sikap profesional beliau dalam mengendalikan pilihanraya. Apakah beliau tidak melihat bagaimana pihak BN menggunakan segala kemudahan kerajaan terutama media untuk menyerang bertubi-tubi terhadap PR daripada penamaan calon sampai  pada hari pembuangan undi.

Apakah beliau buta maklumat bagaimana media yang dikuasai oleh BN melemparkan fitnah terhadap Pakatan Rakyat dan memutar belitkan dan melaga-lagakan kenyataan dalam media perdana. Kenapa beliau membisu seribu bahasa terhadap perkara ini.

PAS tidak pernah dengar kenyataan yang keluar daripada beliau menegur pihak BN yang banyak melanggar tatasusila pilihanraya.

Beliau hanya bersuara ketika parti anutan beliau dibelasah oleh PR. Orang seperti Wan Ahmad inilah yang paling takut menghadapi pilihanraya kerana bimbang  talian hayat  beliau akan tamat jika BN kecundang.


Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

------

Pengalaman terlibat dengan PRU sebelum ini dengan jelas melihatkan kepada penulis betapa SPR sememangnya cenderung (baca : jentera) menyokong UMNO-BN. Antaranya :
1) Pernah semasa PRU 2004 SPR melarang parti-parti bertanding membina barung (pondok panas), tetapi cuba teka siapa yang melanggarnya? UMNO-BN lah yang melanggarnya dahulu.

2) SPR menetapkan hanya poster calon yang bertanding sahaja yang di pasang. UMNO-BN lah yang memulakan memasang poster bukan calon.

3) Kerja-kerja pemasangan bendera dan poster-poster hanya berlangsung hingga jam 12 malam, UMNO-BN lepas jam 12 baru mula nak pasang.

4) Di pusat membuang undi SK Jalan Tanjung SPR telah menetapkan bahawa barung boleh dibina, tetapi mesti di luar pagar sekolah. Bila PR dapat port baik dan UMNO-BN tak dapat port strategik terus SPR benarkan buka barung di padang sekolah.

Itu hanya sekadar 2 PRU yang saya lalui, tetapi bagi mereka yg telah melalui banyak PRU dan PRK nescaya berpuluh-puluh lagi list boleh di beri.

No comments:

Post a Comment