Parti Islam SeMalaysia PAS menganggap cadangan Datuk Seri Najib supaya PAS berpisah dengan DAP seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul kerana parti ini tidak sehaluan. Datuk Najib perlu selesai masalah dalaman BN dahulu. Jangan cuba mengalih isu yang sedang melanda BN dengan rakan komponan BN mengenai Isu 1Melayu 1Bumi telah menimbulkan kemarahan MCA. Apa sudah jadi slogan 1Malaysia tiba-tiba lahir pula gagasan 1 Melayu 1 Bumi, seolah-olah Umno menduakan suami.

PAS hendak mengingatkan kepada Datuk Seri Najib bahawa PAS membayar harga begitu mahal untuk berada bersama Pakatan Rakyat. Kejayaan PAS yang menjinakkan orang bukan Islam kepada Islam satu imbuhan yang cukup berharga. Hendak harap kepada Umno memberi kefahaman Islam kepada orang bukan Islam di negara ini amat jauh sekali. Malahan merekalah yang meliarkan orang bukan Islam dengan Islam. Sikap hipokrit mereka dengan berjumpa pengundi bukan Islam supaya menjauhkan dengan PAS kerana mereka hendak melaksanakan agenda Islam, bila berjumpa pengundi Islam mereka mendakwa PAS sudah tidak bercakap Islam kerana takut kepada DAP.
Ustaz Idris Hj Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
-----------------------------------------------------
Sejak bila UMNO tidak takut dengan MIC & MCA? Hingga kedua-dua komponen tersebut makin keliru dengan Islam meskipun sudah 50 tahun berkawan? Kekeliruan mereka terhadap Islam adalah sama sahaja seperti mana Islam ala UMNO. Begitulah jadinya bila orang yang tidak faham Islam maka hasil ajaran mereka hanyalah kekaburan. Awas! Ingin belajar dan tahu tentang Islam? Jauhi UMNO....
No comments:
Post a Comment