Thursday 5 May 2011

Bila Mau Bayar Datuk??

Adun PAS Sijangkang menang saman Fattah Iskandar & Berita Harian

YB Dr Ahmad Yunus
Saman Adun Sijangkang (PAS) Dr Ahmad Yunus Khairi telah ditetapkan untuk bicara beberapa hari lalu di Mahkamah Sesyen Klang dan Mahkamah telah merekodkan penghakiman persetujuan apabila defendan-defendan telah bersetuju dengan tanpa pengakuan liabiliti membayar gantirugi sebanyak RM 55 ribu kepada Dr Yunus.

Beliau diwakili peguam, Mohamed Hanipa Maidin manakala Dato Abdul Fatah Iskandar diwakili oleh firma Tetuan Salehuddin Saidin dan akhbar Berita Harian diwakili oleh peguam Josephen dari Tetuan Sharizat & Lee.

Pada 29 Julai 2004, Ahmad Yunus telah memfailkan saman ke atas Abdul Fatah, Kalimullah Hassan dan The News Straits Times Press (Malaysia) Berhad terhadap berita yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian pada 20 Mac 2004 bertajuk "Fatah 'ditikam dari belakang' calon PAS" yang antara lain berita tersebut menyatakan; "Ahmad Yunus rapat dengan saya, dia ikut hampir setiap ceramah dan majlis yang saya hadiri... Sebelum penamaan calon, saya ada terdengar nama dia akan dicalonkan. Saya tanya dia berkali-kali sama ada dia hendak bertanding, tapi dia nafikan akan melawan saya... Abdul fatah menyifatkan tindakan Dr. Ahmad Yunus sebagai 'menikamnya dari belakang' kerana persahabatan mereka begitu rapat. Saya yakin pengundi tahu memilih yang mana calon, yang boleh membawa pembangunan dan yang mana calon yang hanya berjuang berdasarkan emosi," katanya. ... Abdul Fatah menyifatkan perkembangan PAS menampilkan Dr Ahmad Yunus menjadi calon sebagai parti yang terdesak kerana mereka tidak mempunyai calon yang cukup."

Di dalam samannya, Ahmad Yunus yang ketika itu adalah calon PAS bagi kerusi Dun Sijangkang mendakwa kata-kata tersebut adalah satu fitnah yang amat jahat ke atas beliau kerana dalam maknanya yang asal dan biasa kata-kata tersebut antara lain bermaksud bahawa beliau adalah seorang yang tidak boleh dipercayai, seorang penipu dan tidak mempunyai integriti.

Kata-kata fitnah tersebut dakwa Dr Yunus juga bermaksud bahawa beliau adalah calon 'tangkap muat' dan beliau adalah calon yang berjuang berdasarkan emosi. Kata-kata yang didakwa fitnah itu disiarkan sehari sebelum Pilihan Raya Umum 2004 yang mengakibatkan Dr Yunus tidak berupaya menjawab tuduhan tersebut di akhbar.

http://sanggahtoksago.blogspot.com/2010/08/adun-pas-sijangkang-menang-saman.html

----------------------------

Menurut sumber yang diterima penulis, Datuk Fattah Iskandar masih belum menjelaskan lagi bayaran saman tersebut. Allo Datuk, itu saman cuma celah gigi saja.. Apalah sangat nak dibandingkan dengan kekayaan Datuk yang melimpah ruah tu...

Umno dan fitnah memang gandingan mantap! Lebih-lebih lagi fitnah "tikam belakang".

No comments:

Post a Comment