Monday 9 May 2011

PAS Alat DAP, Tun Mahathir Semakin Merapu

Tun M
Parti Islam Se-Malaysia menganggap Tun Dr Mahathir semakin merapu, kerana mendakwa PAS alat DAP, ketika beliau merasmikan  Mesyuarat Agung Umno Cheras. Tun Mahathir mendakwa kewujudan PAS menyebabkan orang Melayu berpecah. PAS hendak tanya balik kepada Tun Dr Mahathir kenapa Umno diwujudkan pada tahun 1946, sedangkan sudah ada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)  1945 yang mewakili orang Melayu. Menunjukkan Umno juga parti yang ditubuhkan untuk memecah belah orang Melayu atas restu penjajah, buktinya kenapa Umno tidak diharamkan ketika Ordinan Darurat 1948 sehingga semua parti yang tidak sealiran diharamkan seperti PKMM dan Hizbul Muslimin.

PAS alat DAP adalah modal lapok Umno ketika orang Melayu menolak Umno dan cuba untuk menutup kelemahan Umno yang menjadi kuda tunggangan MCA, Gerakan dan MIC. Siapa yang bagi kerusi majoriti Melayu kepada MCA, MIC dan Gerakan.? Apa bukti PAS alat DAP?. PAS boleh buktikan pengkhianatan Umno kepada Melayu atas nama Melayu terutama di zaman beliau memerintah negara selama 22 tahun. Tahun 1990 seramai 80 penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang tinggal di tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort. 300 ekar tanah rezab Melayu di Pulau Redang Terengganu dijual  kepada Vicent Tan.

DAP Ganti PAS, Hishamudin Pembohong

Parti Islam Se-Malaysia PAS berpandangan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, seorang pembohong kerana mendakwa DAP ganti PAS. Beliau berbohong ketika merasmikan Mesyuarat Agung Umno Pasir Putih Kelantan .Beliau rungsing dengan penerimaan rakyat bahawa Umno wajib diganti dengan PAS, maka jalan keluarnya ia memfitnah bahawa DAP ganti PAS supaya orang Islam menjauhkan diri dengan PAS. Realiti yang berlaku ialah MCA,MIC, Gerakan ganti umno. Contohnya Umno memberi kerusi parlimen Gerik Perak kepada Gerakan ketika pilihanraya 2008, walaupun pengundi Melayu hampir 65 peratus.
Bercakap Bohong Lama-lama Jadi Menteri?
Bagaimana seorang Naib Presiden Umno yang berucap dengan penuh amarah dan dengki tentang kemaraan Pas. Sekolah mana beliau belajar sampai tidak tahu beza Pas dengan Dap. Bagaimana Dap hendak mengganti Pas, sedangkan Dap hanya bertanding di kawasan majoriti orang bukan Melayu, samaada Dap melawan Mca, Gerakan, Mic.

Thursday 5 May 2011

Bila Mau Bayar Datuk??

Adun PAS Sijangkang menang saman Fattah Iskandar & Berita Harian

YB Dr Ahmad Yunus
Saman Adun Sijangkang (PAS) Dr Ahmad Yunus Khairi telah ditetapkan untuk bicara beberapa hari lalu di Mahkamah Sesyen Klang dan Mahkamah telah merekodkan penghakiman persetujuan apabila defendan-defendan telah bersetuju dengan tanpa pengakuan liabiliti membayar gantirugi sebanyak RM 55 ribu kepada Dr Yunus.

Beliau diwakili peguam, Mohamed Hanipa Maidin manakala Dato Abdul Fatah Iskandar diwakili oleh firma Tetuan Salehuddin Saidin dan akhbar Berita Harian diwakili oleh peguam Josephen dari Tetuan Sharizat & Lee.

Pada 29 Julai 2004, Ahmad Yunus telah memfailkan saman ke atas Abdul Fatah, Kalimullah Hassan dan The News Straits Times Press (Malaysia) Berhad terhadap berita yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian pada 20 Mac 2004 bertajuk "Fatah 'ditikam dari belakang' calon PAS" yang antara lain berita tersebut menyatakan; "Ahmad Yunus rapat dengan saya, dia ikut hampir setiap ceramah dan majlis yang saya hadiri... Sebelum penamaan calon, saya ada terdengar nama dia akan dicalonkan. Saya tanya dia berkali-kali sama ada dia hendak bertanding, tapi dia nafikan akan melawan saya... Abdul fatah menyifatkan tindakan Dr. Ahmad Yunus sebagai 'menikamnya dari belakang' kerana persahabatan mereka begitu rapat. Saya yakin pengundi tahu memilih yang mana calon, yang boleh membawa pembangunan dan yang mana calon yang hanya berjuang berdasarkan emosi," katanya. ... Abdul Fatah menyifatkan perkembangan PAS menampilkan Dr Ahmad Yunus menjadi calon sebagai parti yang terdesak kerana mereka tidak mempunyai calon yang cukup."

Keluar Pakatan, DS Najib Seperti Ketam Mengajar Anak Berjalan Betul

Parti Islam SeMalaysia PAS menganggap cadangan Datuk Seri Najib supaya PAS berpisah dengan DAP seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul kerana parti ini tidak sehaluan. Datuk Najib perlu selesai masalah dalaman BN dahulu. Jangan cuba mengalih isu yang sedang melanda BN dengan rakan komponan BN mengenai Isu 1Melayu 1Bumi telah menimbulkan kemarahan MCA. Apa sudah jadi slogan 1Malaysia tiba-tiba lahir pula gagasan 1 Melayu 1 Bumi, seolah-olah Umno menduakan suami.

Alasan beliau PAS perlu jauh dengan DAP kerana PAS bekerja, yang menang ialah DAP. PAS perlu berpisah dengan DAP kerana PAS tidak boleh melaksanakan agenda Islam. PAS hendak bertanya sejak bila pula Umno iktiraf PAS sebagai sebuah parti Islam. Dengan kenyataan Najib sahlah teori yang mengatakan Umno akan bercakap Islam dan Melayu ketika orang Melayu menolak Umno. Ketika rakyat tolak Umno, baru mereka sedar, PAS parti orang Melayu. Selama ini merekalah membunuh bisnes kontraktor dan ahli perniagaan PAS, berapa ramai aktivis PAS di letakkan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Terbaru mereka menukar Cikgu Maaruf Mutalib suami cikgu Normala bekas calon Tenang. Siapa punya angkara? Sekarang bila lemas kerana pelampong Umno, iaitu pengundi bukan Melayu sudah meninggal mereka, baru teringat kepada PAS.

Sunday 1 May 2011

Gambar Lucah Di Media, Mana Peranan KDN?

Parti Islam Se-Malaysia PAS kesal terhadap media perdana yang  dikuasai oleh Umno BN yang tidak beretika dan bermoral kerana menyiarkan gambar di dalam akhbar mereka. Ini satu tindakan yang tidak bermoral dan melanggar etika kewartawanan dan tatasusila agama demi mencapai cita-cita politik mereka. Pada mereka soal moral dan etika tidak diperhitungkan lagi.  Apakah negara kita sudah hilang nilai-nilai ketimuran sehingga sanggup mengaibkan individu yang belum lagi dibuktikan kesalahannya.
Sudah dua kali media perdana menyiarkan gambar lucah berhubung dengan video seks yang dituduh pelakunya Datuk Seri Anuar Ibrahim.