PAS Sijangkang Dalam Utara
Thursday, 14 June 2012
KENYATAAN MEDIA TUAN IBRAHIM: Isu Tangguh Haji - Merumitkan Sesuatu Yang Mudah
Isu tangguh
haji masih hangat diperkatakan oleh media-media pro Umno.
Kenyataan
saya yang dibuat pada Jun 5 kepada Selangorku yang menyeru “ahli PAS
yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya” – dalam kata yang lebih
spesifik – “calon atau wakil calon atau agen parti seperti pengarah pilihanraya” telah diputarkan seolah-olah
ia ditujukan kepada semua umat Islam di Malaysia 8 hari kemudian oleh Utusan
Malaysia.
Namun
begitu, ia tidak hairan – selepas kontroversi PTPTN yang menampar
muka sendiri, jawapan-jawapan menteri di parlimen yang memang susah untuk
ditonjolkan di muka depan, bertambah pula laporan-laporan antarabangsa mengenai
isu Scorpene – mereka perlu mencari sesuatu untuk mengalih pandangan rakyat.
Bajet 2013
yang disebut bajet pilihanraya akan diumum pada September 28. Tarikh Hari Raya
Haji adalah 26 Oktober.
Sudah ada
bayangan pilihanraya umum 1985 di musim haji bakal berulang.
Isu tangguh
haji ini sebenarnya mudah – betulkah PRU-13 akan diadakan di musim haji?
Masalahnya
tiada yang tahu.
Apakah
mungkin PRU-13 diadakan di musim haji?
Masalahnya
ialah mungkin.
Apakah yang
perlu dilakukan jika PRU-13 diadakan di musim haji?
Salahkan
perdana menteri? Itu hak beliau, walaupun PAS memang membantah jika PRU-13
diadakan di musim haji.
Adakah
orang-orang Umno yang terlibat dengan PRU-13 akan pergi menunai haji? Calon,
wakil calon dan agen parti seperti pengarah pilihanraya akan terus juga dengan
niat menunai haji.
Tiada yang
bertanya.
Walhal,
soalan yang patut difokuskan ialah wajarkah perdana menteri mengadakan
pilihanraya di musim haji?
Jawapannya
jelas tidak.
Apakah
jaminan ia tidak berlaku?
Tiada.
Sebab itu PAS mendesak perdana menteri bagi jaminan. Dan tekankan “SEKIRANYA”
Umno demi untuk menang, mengadakan PRU di musim haji, ahli PAS yang terlibat terus
dengan PRU-13 yakni “calon atau wakil calon atau agen parti seperti pengarah
pilihanraya” disarankan tangguh haji.
Golongan
ini dalam PAS, ramai yang sudah menunaikan haji – mereka adalah veteran. Dalam
Umno tak pasti pula.
Isu ini
adalah mudah.
Kalau yang
cadang tu ialah timbalan perdana menteri atau menteri Umno tentu keadaan dan
komentar akan berubah menyokong habis-habisan. Jadi isunya bukan menangguhkan
haji sebenarnya siapa yang buat cadangan itu.
Tapi Umno
merumitkannya kerana ia tahu, isu sebenar memberi tekanan kepada perdana
menteri untuk menyatakan satu tarikh pilihanraya.
Segalanya
akan selesai jika tarikh pilihanraya diketahui lebih awal.
Tiada yang
risau ingin menunai haji.
Tiada yang
risau masa bercuti mereka sama dengan tarikh pilihanraya.
Bahkan,
untuk seluruh warga yang bekerja, samada di pihak swasta mahupun kerajaan boleh
merancang sebaiknya dengan tarikh pilihanraya diketahui.
Namun
penyelesaian yang mudah ini bukan fokus akhbar-akhbar Umno.
Mereka
perlukan talian hayat – mereka menilai isu tangguh haji ini sebagai isu yang
boleh mengalih perhatian.
Betulla
juga, tapi mereka terlupa, terbuta melihat bahawa perhatian kini beralih balik
ke perdana menteri.
So, bila
perdana menteri nak buat PRU13? Musim haji ke? Calon Umno pergi haji ke tak
tahun ini? Boleh bagi jaminan tak buat PRU13 masa musim haji?
Senyum.
Tuan
Ibrahim Tuan Man
Ketua
Penerangan PAS Pusat
KENYATAAN MEDIA TUAN IBRAHIM: Jaminan PM Diperlukan Untuk Hilang Keresahan Bakal Jamaah Haji
PAS
mendesak Perdana Menteri memberi jaminan tidak akan mengadakan pilihanraya pada
musim haji tahun ini.
Jaminan
tersebut perlu bagi menghilangkan kebimbangan jamaah haji berhubung hak mereka sebagai
pengundi.
Perdana
Menteri tidak seharusnya membiarkan hampir 30,000 umat Islam berada dalam
situasi tidak menentu kerana sebahagian mereka ada dicadangkan sebagai calon,
wakil calon dan pengarah pilihanraya.
Selagi
tiada jaminan, ia akan menyebabkan mereka serba salah antara meneruskan hasrat
atau menangguhkannya dulu.
Kalau
mereka sebagai pengundi tidak seberat tekanan sekiranya dipilih sebagai calon,
wakil calon dan pengarah pilihanraya. Tambahan pula, seandainya pilihanraya
diadakan dalam musim haji ini bermakna kerajaan Umno menafikan hak 30,000 umat
Islam untuk menunaikan hak demokrasi mereka untuk mengundi.
Ini sudah
tentu akan meninggalkan kesan yang besar kepada keputusan dan peratusan keluar
mengundi. Ini melibatkan semua parti politik, dan apa yang penting ialah hak
rakyat dalam sistem demokrasi hendaklah dihormati.
Tindakan
Perdana Menteri yang bermain teka-teki dalam rahsia tarikh pilihanraya telah
menyebabkan banyak spekulasi terhadap apakah tarikh pilihanraya yang besar.
Keadaan ini
amat tidak sihat untuk negara kerana sangat mengganggu perancangan pelbagai
pihak.
PAS melihat
kebimbangan Perdana Menteri untuk mengisytiharkan tarikh pilihanraya
membuktikan bahawa prospek Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya sudah menjadi
satu kemungkinan yang boleh berubah menjadi realiti di sanubari BN.
Ustaz Dato' Tuan
Ibrahim Tuan Man
Ketua
Penerangan PAS Pusat
Friday, 16 December 2011
Oley!!
Oley!! - Jawapan Kepada Sembang Rakyat
---------------------
* Tahniah buat KP DPP dengan respon pantas dan kreatifnya
---------------------
* Tahniah buat KP DPP dengan respon pantas dan kreatifnya
TOLONG MELAYU, UMNO SEPERTI PENCURI MENJERIT PENCURI
Umno berjaya mengalih isu kegagalan mereka selama ini membela Melayu di negara ini. Sebaliknya peluru dihalakan kepada Pakatan Rakyat, khususnya DAP yang dianggap menyebabkan orang Melayu tertinggal ke belakang.
Persidangan Agung Umno telah menjadi pesta memaki hamun terhadap pimpinan Pakatan Rakyat supaya perwakilan tidak membincang masalah cincin RM24 juta, projek lembu RM250 juta kepada suami Shahrizat, masalah Datin Seri Rosmah, kepincangan laporan audit negara. Semua isu ini berjaya didiamkan apabila perwakilan dicandukan dengan serangan kepada Pakatan Rakyat.
Bermula daripada ucapan Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika merasmikan Mesyuarat Pemuda, Wanita dan Puteri Umno sehinggalah kepada perbahasan perwakilan semuanya membelasah Pakatan Rakyat. Mereka memahami bahawa Umno perlukan undi melayu sahaja, undi bukan Melayu mereka tidak mengharapkan lagi.
Monday, 18 July 2011
Dewan Ulamak Kesal Kerana Hukum Demontrasi Ditafsir Luar Daripada Konteks Sebenar
Kuala Terengganu, 15 Julai 2011 - Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat , Dato' Tuan Guru Haji Harun Taib menyifatkan bahawa kenyataan muka hadapan utusan yang disiarkan pada hari ini berkenaan hukum demontrasi sebagai pandangan yang dikemukakan di luar konteksnya yang sebenar.
Pandangan pendakwah tersebut sesuai sekiranya dilaksanakan di dalam sebuah negara yang Islam yang melaksanakan undang-undang Islam dengan penuh keadilan. Adapun sekiranya keadaan sebaliknya maka menjadi kewajiban kepada rakyat untuk menjalankan tugasan amar ma'ruf nahi munkar di dalam kerangka syarak. Konsep ini adalah tersangat jelas di dalam Islam sebagai 'check and balance' dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi.
"Apa yang berlaku di Malaysia sekarang ialah rakyat Malaysia tidak ada pilihan untuk menegur kerajaan, di Parlimen suara kita dibakul sampahkan, bahkan kita telah bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong dan menyuarakan pandangan kita, tapi UMNO masih membisu seribu bahasa seolah-olah tidak ada apa yang berlaku", tegas beliau.
Subscribe to:
Posts (Atom)